Kalau Kau Pandai Buat Produk, Jangan Sibuk Cari Customer

Published on August 28, 2026

Image

Ada dua cara buat duit dalam dunia internet era AI ni.

Pertama, jadi producer.

Kau buat benda untuk dijual.

Software. Buku. Makanan. Kursus. Produk fizikal. Servis. Apa-apa sajalah.

Kedua, jadi distributor.

Kau pegang audience. Kau ada orang yang percaya dengan kau. Lepas tu kau bantu producer jual benda mereka kepada audience tu.

Content creator sebenarnya distributor.

Newsletter pun distributor.

Pemilik komuniti pun distributor.

Affiliate pun distributor.

Orang yang ada group WhatsApp dengan 5,000 orang yang betul-betul percaya dia pun boleh jadi distributor.

Dan aku rasa ramai orang buat silap bila baru nak mula bisnes.

Dia cuba jadi kedua-duanya sekali.

Nak buat produk sendiri.

Dalam masa yang sama nak bina TikTok.

Nak buat content setiap hari.

Nak bina personal brand.

Nak buat email list.

Nak urus ads.

Nak urus customer.

Nak urus fulfillment.

Nak buat semua benda.

Akhirnya dia bukan bina satu bisnes.

Dia bina dua bisnes serentak.

Satu bisnes untuk menghasilkan benda.

Satu lagi bisnes untuk mendapatkan perhatian orang.

Padahal dua benda ni memang boleh dipisahkan.

Producer perlukan distributor.

Distributor perlukan producer.

Kalau kau pandai buat produk tapi tak pandai cari audience, cari orang yang dah ada audience.

Kalau kau pandai kumpul audience tapi tak ada produk, cari producer yang ada benda bagus untuk dijual.

Aku rasa ini akan jadi lagi penting dalam era AI.

Sebab AI sedang buat kerja production jadi semakin murah.

Nak tulis, boleh guna AI.

Nak design, boleh guna AI.

Nak coding, boleh guna AI.

Nak buat video, boleh guna AI.

Nak buat research pun boleh guna AI.

Jadi semakin ramai orang boleh menghasilkan sesuatu.

Masalahnya, AI tak boleh automatik bagi kau audience.

Kau boleh buat SaaS yang cantik.

Kau boleh hasilkan 500 artikel.

Kau boleh buat landing page yang lawa.

Kau boleh keluarkan produk baru setiap minggu.

Tapi soalan paling susah masih sama.

"Siapa nak tengok benda ni?"

Bila semua orang boleh produce, distribution jadi semakin bernilai.

Sebab tu aku rasa tak semestinya kau kena jadi content creator untuk berjaya buat duit online.

Kalau kau memang suka buat content, bagus.

Teruskan.

Tapi kalau kau sebenarnya bagus buat produk, kau tak perlu paksa diri jadi influencer.

Cari distributor.

Contohnya kau buat produk untuk seller ecommerce.

Tak perlu ada 500,000 followers.

Mungkin kau cuma perlukan 10 orang content creator yang masing-masing ada 20,000 followers, tapi audience mereka memang seller ecommerce.

Atau kau buat software untuk akauntan.

Cari orang yang dah bercakap dengan akauntan.

Atau kau buat produk makanan.

Cari orang yang audience dia memang suka makanan tu.

Kau tak semestinya perlukan audience yang besar.

Kau perlukan audience yang betul.

Dan distributor pun tak semestinya selebriti.

Newsletter dengan 8,000 pemilik SME mungkin lebih bernilai untuk sesetengah producer daripada influencer dengan 2 juta followers.

Pemilik komuniti kecil boleh jadi distributor.

Blogger niche boleh jadi distributor.

Consultant yang ada network boleh jadi distributor.

Malah orang yang ada group WhatsApp yang aktif pun sebenarnya ada distribution.

Khairul Aming bagi aku menarik sebab dia menunjukkan apa yang berlaku bila seseorang berjaya bina kedua-dua belah.

Dia bermula dengan distribution.

Content.

Attention.

Trust.

Audience.

Kemudian dia gunakan distribution tu untuk menjual produk sendiri.

Itu memang power.

Tapi jangan tengok bahagian akhirnya saja lalu fikir, "Aku pun nak buat macam tu."

Sebab kau mungkin sedang melihat seorang producer yang akhirnya memiliki distribution, tanpa melihat bertahun-tahun kerja yang diperlukan untuk membina distribution tersebut.

Boleh jadi kau lebih sesuai jadi producer.

Boleh jadi kau lebih sesuai jadi distributor.

Dan kalau satu hari nanti kau boleh memiliki kedua-duanya, lagi bagus.

Cuma aku rasa untuk orang yang baru nak mula, tak perlulah cari pasal.

Pilih satu dulu.

Kalau kau pandai buat benda, buat benda yang bagus dan cari orang yang pandai menjualnya.

Kalau kau pandai kumpul perhatian dan bina kepercayaan, cari orang yang ada benda bagus untuk kau jual.

Producer buat benda.

Distributor bawa benda itu kepada orang.

Dua-dua boleh buat duit.

Cuma jangan rasa kau kena jadi dua-dua dari hari pertama.

← Back to Posts