Kau Tak Perlu Followers Untuk Buat Duit

Published on August 21, 2026

Image

Kenapa nak penat-penat jadi attention trader kalau kita boleh bayar orang lain untuk jual barang kita?

Saya rasa kita terlalu obses dengan idea yang kalau nak berjaya di internet, kita mesti bina audience sendiri.

Kena buat content.

Kena kumpul followers.

Kena bina personal brand.

Kena jadi orang yang orang lain kenal.

Tak salah pun.

Cuma, itu bukan satu-satunya cara buat duit.

Kalau ada orang lain yang memang dah ada audience, memang pandai buat content dan memang orang percaya pada recommendation dia, kenapa kita nak lawan dia?

Bayar dia.

Biar dia jual barang kita.

Kita buat barang. Dia bawa pembeli. Kita bahagi duit.

Benda ni sebenarnya bukan baru pun.

Salesman dah buat.

Distributor dah buat.

Agent dah buat.

Retailer dah buat.

Affiliate pun buat benda yang sama.

Cuma internet buat kita rasa macam "memiliki audience" itu lebih hebat daripada "pandai menjual".

Contohnya, ada orang ada 100,000 followers tapi tak tahu nak jual apa.

Ada pula orang yang ada 500 pelanggan tapi setiap bulan duit masuk.

Siapa yang lebih berjaya?

Saya tak tahu.

Tapi saya tahu bank tak bagi interest tambahan sebab followers kita ramai.

Duit tetap duit.

Malah, kadang-kadang kita terlalu sibuk nak memiliki semua benda dalam business sampai business itu sendiri jadi terlalu berat.

Nak buat product sendiri.

Nak buat content sendiri.

Nak bina audience sendiri.

Nak buat marketing sendiri.

Nak buat sales sendiri.

Nak jaga customer sendiri.

Nak buat semua sendiri sebab rasa kalau orang lain ambil bahagian, kita "hilang margin".

Padahal kalau bayar RM30 untuk dapat RM100 sale, kita masih dapat RM70.

Kalau buat semua sendiri menyebabkan kita langsung tak dapat sale, margin 100% pun tak guna.

Ini bukan bermaksud kita tak patut bina audience.

Kalau kita memang suka menulis, buat video, bercakap dengan orang dan bina community, teruskan.

Audience sendiri memang aset yang bagus.

Cuma jangan sampai kita anggap itu sebagai syarat wajib untuk buat duit.

Kadang-kadang kita tak perlu jadi orang yang memiliki attention.

Kita cuma perlu tahu siapa yang memiliki attention, apa yang mereka perlukan, dan berapa harga yang masuk akal untuk membeli akses kepada attention itu.

Itu pun business.

Sebab akhirnya, customer tak kisah siapa yang mempunyai followers paling ramai.

Customer cuma nak barang yang dia mahu.

Dan kita pun sebenarnya cuma nak satu benda.

Duit masuk.

Jadi kenapa fight nak jadi attention trader kalau kita boleh bayar mereka untuk jual barang kita?

Duit daripada jadi distributor tetap duit.

Duit daripada jual product sendiri pun tetap duit.

Masih duit.

← Back to Posts